Halaman ini menerangkan mengenai dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh para pengunjung ketika melayari portal YAPEIM.
Sekiranya anda membuat sebarang transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan sebarang aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
Maklumat Peribadi
Halaman ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus. Maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
Maklumat Yang Dikumpul
Data peribadi yang dikumpul atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela adalah seperti berikut:
Nama pengguna
Nombor kad pengenalan
Nombor telefon
Emel
Alamat tempat tinggal
Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.
Kesan Jika Data Peribadi Tidak Dibenarkan
Sekiranya data peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas tidak diterima atau diambil tindakan.
Kerahsiaan
Data peribadi yang dikumpulkan akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa. Laman web atau portal yang terdapat di dalam pautan institusi ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung adalah dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web atau portal yang dilayari.
Keselamatan Data
Halaman ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.
Pindaan Dasar
Sekiranya terdapat pindaan dan penambahbaikan kepada dasar privasi ini, pindaan tersebut akan dikemaskini di halaman ini.